Thursday, 5 July 2012

CHIA SEEDs / BIJI CHIA ?

Ramai kawan-kawan saya  keliru 'Chia Seeds' dengan 'Biji Selasih' . Bila saya perkenalkan 'Chia Seeds' kepada mereka, ramai yang kata 'chia seeds' tu adalah 'biji selasih' . Saya menafikan tanggapan mereka. Memanglah 'chia seeds' seakan-akan 'biji selasih', tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Namun yang kelakarnya, kawan-kawan tetap fikir seperti itu. Jadi saya agak teruja jugalah nak buktikan kebenaran bahawa kedua-duanya tak sama. Beberapa hari saya cuba dapatkan 'biji selasih' tu supaya nanti kawan-kawan dapat tengok, alhamdulillah akhirnya saya dapat beli di sebuah kedai. Jadi saya akan bawa ke tempat kerja saya. Ha..ni pun gambarnya ..harap kawan-kawan nampak bezanya. Pertama dari segi warna, chia seeds merupakan gabungan kelabu hitam putih, manakala biji selasih warna hitam. Bentuk mereka apabila kembang juga ketara berbeza.

         Chia Seeds/Biji Chia

             Biji Selasih/Basil seeds

* gambar ni saya ambil guna kamera canon yang dah lusuh..

KENAPA MESTI CUBA 'Chia Seeds' ?

Ramai kawan-kawan kata saya ni ada bakat dalam bisnes, bila bercakap atau bercerita tentu menyebabkan ramai orang terpengaruh nak juga..kelakar jugalah. Sebenarnya saya ni lebih kepada konsep 'sharing', bukannya berbisnes.Saya suka sangat nak berkongsi apa yang saya rasa dan alami. Bila saya belikan kawan-kawan 'chia seeds' saya tak ada profit langsung tapi saya 'puas' sebab pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat tu dapat saya sebarkan kepada  mereka semua terutamanya bila mereka datang kepada saya semula dan memberikan 'feedback' yang bagus terhadap produk yang telah saya perkenalkan dan
ada perubahan positif pada diri mereka. Ha..part nilah yang saya puas sangat-sangat.

'Chia seeds' ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 disamping segala macam vitamin dan nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah antioxidants,  hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti 'biji selasih' .

APA KESANNYA terhadap kita ?  Ini 'feedback' daripada saya dan kawan-kawan yang dah mencuba:

1.   Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, dapat membuang toksin daripada badan.
2.   Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari   dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni  , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .
3.   Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan.
4.   Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda.
5.   Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi.
6.   Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.
7.   Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
8.   Makan 2 sudu besar sehari bermakna  anda dah berjaya menyediakan badan  dengan 7g  fiber, 4g  protein, dan  5g  omega-3 fatty acids.
9.     Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak.
10.   Pendek kata, macam-macam lagilah.

Jadi, saya akan sentiasa update feedback daripada kawan-kawan saya yang sedang mencuba produk ini..
insyaallah akan memberikan pengetahuan kepada para pembaca blog saya ini.
Kalau tak tahu nak dapatkan di mana 'chia seeds', bolehlah hubungi saya untuk menempah 'chia seeds' di email hasneyla@gmail.com atau mesej saya 0192010672 . Saya juga akan menyertakan templat mengenai 'chia seeds'  ni.

RASA 'Chia Seeds' ?
Chia Seeds ni tak ada rasa dan bau, jadi senanglah nak mencubanya. Boleh makan mentah atau masuk dalam pelbagai jenis minuman dan makanan/masakan.

PERATURAN  MAKAN
2 SUDU BESAR / sehari


RUPA ASAL 'CHIA SEEDS sebelum kembang


Kalau x suka makan bila kembang, makanlah terus tanpa masukkan ke dalam minuman, pilihlah apa saja  cara nak makan, asalkan sehari dapat habiskan 2 sudu besar.

ASAL ?  Brazil, Mexico dan Chicago.

NAMA SAINTIFIK ?   Salvia hispanica

RUPA POKOK ?




LAMAN RUJUKAN YANG BERGUNA UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA ?

 http://docsfitnesstips.blogspot.com/2012/02/chia.html

FEEDBACK yang terbaru daripada kawan-kawan ?
Kawan bagitahu :

1.     suaminya dah turun 3 kg sejak amalkan chia seeds selama 2 minggu..
2.     setelah mengamalkan 2 minggu dia mula berasa badannya bertambah sihat, 'ringan' dan bertenaga.
3.     sehari makan, esoknya terus selesai masalah sembelit yang dihadapi sekian lama.


SELAMAT MENCUBA ye !!





7 comments:

  1. saya dah tanam cara komersil sapa nak bagi tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Faisal, saya nak tahu lebih lanjut tentang chia seeds ni. Boleh email saya kat msmonster0@gmail.com

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Klu wanita pregnant yang mempunyai mslh tinggi kandungan gula dalam darah boleh makan @ amalkan x?

    ReplyDelete
  3. faisal cam na nak beli chia seeds tu dari you

    ReplyDelete